30 December 2009

Hijrah Cinta..

Assalamualaikum warahmatullah,

Dalam meniti hidup,yang penuh dengan ujian mental dan fizikal ini,kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan,namun apa yang pasti,kesilapan yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.Janganlah kita terus membiarkan diri kita hanyut dibawa arus keduniaan yang bersifat sementara ini.Ingatlah bahawa,ALLAH berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا ﴿١٣٥﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Surah An-Nisa ayat 135.)

Telah datang ayat-ayat ALLAH menerangkan tentang keadilan terhadap diri kita sendiri.Bukalah al-Quran,carilah kebenaran dengannya,selangkah kita menuju kepada ALLAH,mencari kebenaran,ketenangan,ibarat berlari ALLAH datang menemui hamba yang mencari cintaNYA.Dalam mendapatkan cintaNYA,bukanlah mudah jalan yang ditempuh,kita akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian,berjayalah bagi orang yang sabar menempuhnya,namun sengsaralah bagi orang yang merugikan dirinya dengan lebih bertuhankan hawa nafsu dalam dirinya,dengan melakukan perkara-perkara yang telah jelas dan nyata dilarang oleh ALLAH dalam al-Quran.

Setiap tahun,kita menyambut Tahun Baru.TAHUN BARU????
Apakah faedahnya kita menyambut tahun baru jika diri kita sendiri tidak mahu menjadi baru?Masa tetap akan berdetik,masa tidak mengenal siapa kita,Perdana Menteri?Yang Dipertuan Agung?Saintis?Ulamak sekalipun,bahawa masa itu tetap berdetik,berlalu tanpa menunggu sesiapa pun.Adakah kita sedar bahawa sebentar saja lagi kita akan mati?Adakah posmen datang mengirim surat amaran pemberitahuan sebagai mengambil langkah-langkah berjaga-jaga sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa?

Sedarlah.Gunakanlah akal fikiran yang ALLAH anugerahkan kepada kita untuk mengenal diri sendiri,siapa kita yang sebenarnya,dari mana datangnya kita,seterusnya dari situlah akan kita kenal siapa ALLAH SWT.Adakah kita mampu mengembalikan semula anggota pancaindera jika ia hilang?Contohnya tangan,jika ALLAH menarik semula nikmat tangan yang telah diberi,adakah kita mampu mencipta sendiri tangan yang serupa dengan anugerah yang telah diberi itu?Ingatlah bahawa dunia ini semua milik ALLAH,diri kita ini milik ALLAH.

ALLAH MAHA PENCIPTA,DIA ibarat tukang dan kita ibarat barang yang ditukang.Setiap jurumekanik kereta,pasti tahu di mana kelemahan keretanya,di bahagian enjinnya ke,di bahagian ekzosnya ke,atau di bahagian body keretanya ke,semua itu menjadi mudah baginya untuk mengubahnya menjadi kereta yang power bagi pemiliknya.Begitulah diri kita,ALLAH MAHA TAHU setiap kelemahan diri hamba-hambaNYA.DIA tidak pernah menguji diri hamba-hambaNYA melainkan DIA MAHA MENGETAHUI bahawa hambaNYA itu mampu menempuh ujian yang diberi itu.

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 21 dan 22 :

أَمِ اتَّخَذُوا آلِهَةً مِّنَ الْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ ﴿٢١

Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴿٢٢

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Apabila kita telah mengerti bahwa beriman kepada ALLAH merupakan asas bagi segala akidah Islam maka kita wajib mengetahui bahwa mentauhidkan ALLAH adalah sebagai pokok keimanan kepadaNYA.Apabila tauhid yang sebenar ini terpisah,bererti terjadilah kufur,syirik,berdosa,dan jadilah satu kezaliman yang besar serta kesesatan yang nyata.

Saudaraku Muslim!
Dengan ini,menjadi kewajipan kita untuk mengenali dan mengetahui tentang hakikat tauhid yang ALLAH perintahkan,yang dengan sebabnya tertegak agama ini.Disebaliknya juga diturunkan al-Quran dan diutuskan Rasul,seterusnya diharap dan disandarkan pencapaian kebahagiaan dunia dan akhirat.Syurga dijadikan untuk ahli dan pendukungnya dan neraka pula adalah untuk musuh-musuhnya(tauhid).

Dengan itu,marilah kita berhijrah,berubah dari yang melakukan apa yang dilarang ALLAH, kepada melakukan perkara yang lebih disukai ALLAH.

Berhijrahlah mencari cinta ALLAH SWT !!

29 December 2009

SRiBu SmArT cAmP 2009

SRIBU smart camp,

terpahat dalam memori,

kenangan bersama kuabadi,

membawa sejuta erti,

merapatkan ukhuwah sesama serikandi,

mendidik jiwa berbudi pekerti,

mengasuh hati mencari cinta ilahi,

mendidik jiwa kasih-mengasihi,

semoga ukhuwah fillah ini membawa kita ke Jannatul firdausi.