02 November 2012

Berlembutlah Wahai Suami Soleh...

Salam buat semua pembaca, disini aku nukilkan isi-isi di bawah ini yang mana ku ambil disini http://kisahteladan.info/rasulullah/mesra-dengan-isteri. Semoga penulisnya jua mendapat pahala disisi Allah SWT.

BAGAIMANA RASULULLAH BERMESRA DENGAN ISTERI

Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai isteri
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”
Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, “Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.
APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

01 November 2012

Maafkanlah saudaramu...


Bukan senang nak memaafkan saudara kita. Benar....
Kadang benda ni lah yang menghantui insan walau sebaik mana pun dia dalam pandangan manusia lain.
Kenapa susah nak mengalah dalam sesuatu masalah walaupun kita di pihak yang benar? 
Sebenarnya tak rugi apa-apa pun kalau mengalah.
Jangan diikutkan kehendak nafsu hati dan kehendak musuh kita(syaitan).

10 SEBAB DOA TERTOLAK.

Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

KETIGA
Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

KELIMA
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN
kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN
Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

KESEPULUH
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka

Wallahu'alam.

Marilah bersama kita ikut jejak langkah malaikat.
Berakhlaklah sesuai dengan identiti kad pengenalan kita sebagai orang ISLAM.

03 August 2011

BAGAIMANA MENGETAHUI AIB DIRI SENDIRI?

Hendaklah anda ketahui bahawa Allah azzawajalla,apabila menghendaki kebajikan bagi seorang hamba,maka Allah memperlihatkan kepada orang itu akan aib-aib dirinya.Maka barangsiapa yang bashirahnya bisa menembus,maka tidak akan samar baginya aib-aib dirinya.
Apabila seseorang telah mengetahui aib-aib pada dirinya,maka ia dapat mengubati aib-aib tersebut;tetapi kebanyakan orang tidak mengerti akan aib-aib pada diri mereka.Salah seorang dari mereka dapat melihat sebutir debu di mata orang lain,tetapi tidak dapat melihat sebatang pohon yang ada di matanya sendiri(kuman di seberang lautan tampak;gajah di pelupuk mata tidak nampak).
Barangsiapa ingin mengenal aib dirinya,maka ia memmpunyai empat jalan:
1- Agar ia duduk pada seorang guru yang mengetahui aib-aib dirinya,dapat memeriksa bahaya-bahaya peribadi yang samar-samar,lantas ia menyedari nasihat-nasihat guru tersebut dan ia mengikuti petunjuk-petunjuknya dalam perjuangannya.Inilah perihal seorang murid beserta gurunya,lantas guru memberitahukan kepada murid akan aib-aib dirinya dan cara pengubatannya.Jalan pertama ini telah langka adanya pada zaman sekarang ini.

2- Agar ia mencari seorang teman karib yang senantiasa benar,bijaksana,beragama,lantas teman itu dijadikan sebagai pengawas atas dirinya,agar ia mengintai tingkahlaku dan segala perbuatannya.

Segala budipekerti,perbuatan dan aib-aib batin yang dibenci oleh teman karib itu diperingatkan.Demikianlah system yang dilakukan oleh orang-orang pandai dan orang-orang besar dari pemuka-pemuka Agama Islam.

Umar r.a berkata: Semoga Allah mengasihani orang-orang yang mau menunjukkan kepada aib-aibku.Umar bertanya kepada Salman dari hal aib-aib diri Umar.

Katanya kepada Salman:
Berita apakah yang sampai kepadamu tentang diriku yang tidak kau sukai?

Salman mengatakan:
Tidak ada apa-apa.Lantas Umar mendesak bertanya kepada Salman.

Kata Salman:
Berita yang sampai kepadaku ialah bahwa engkau suka mnegumpulkan dua macam lauk-pauk dalam satu hidangan makan,lagi pula engkau mempunyai dua pasang pakaian,yaitu sepasanag pakaian untuk siang hari dan sepasang lagi untuk malam hari.

Tanya Umar:
Adakah berita lain yang sampai kepadamu?
Jawab salman:
Tidak!

Lalu Umar berkata:
Adapun kedua sifat ini telah saya tinggalkan.

Umar bertanya pula kepada Huzaifah dan berkata kepadanya:

Engkaulah orang yang mengetahui rahsia Rasulullah s.a.w tentang orang munafik;adakah engkau melihat sesuatu dari pengaruh nifaq pada diri saya?

Umar yang mempunyai keagungan derajat dan keluhuran pangkat begitu curiga kepada dirinya sendiri.Setiap orang yang lebih sempurna akalnya dan lebih tinggi pangkatnya,ia telah sedikit kesombongannya dan lebih banyak perasangka kepada dirinya.Hanya yang kedua inipun telah jarang pula adanya.

Sedikit sekali teman yang tidak mau ambil muka,lantas ia mau memberitahukan tentang aib diri,atau sedikit pula teman yang tidak menaruh rasa dengki,sehingga ia tidak menambah-nambah dari kadar yang perlu.Jadi dalam lingkungan sahabat-sahabat anda tidak suci dari orang yang dengki.

Jadi dalam lingkungan sahabat-sahabat pasti ada orang-orang yang dengki atau orang yang mempunyai tujuan tertentu yang memandang hal yang bukan aib sebagai aib,atau pula orang yang bermuka yang menyembunyikan sebahagian dari aib anda terhadap anda.

Kerana hal inilah,maka Daud-at-Thay menjauhkan diri dari pergaulan manusia.Ditanyakan kepadanya:Mengapa anda tidak mau bergaul dengan manusia/Jawab Daud at-Thay:Apa yang harus kuperbuat terhadap orang-orang yang menyembunyikan aib-aib diriku di hadapanku?

Keinginan orang-orang yang beragama ialah agar mereka dapat menyedari aib-aib diri mereka dengan perantaraan peringatan ornag lain;tetapi keadaan pada orang-orang angkatan kita sekarang ini telah berbalik;bahawa orang yang paling kita benci ialah orang yang member nasihat kepada kita dan memberitahukan kepada kita akan aib-aib diri kita.Dan keadaan yang demikian hampir merupakan cetusan(manifestasi) daripada kelemahan iman.Sebab akhlak-akhlak jahat itu sepantun ular dan kalajengking yang menyengat dan berbisa.Andaikata ada orang yang memperingatkan kepada kita bahwa dalam pakaian kita ada seekor kalajengking,tentu kita akan patuh dan terima kasih atas peringatan tersebut.

Kita bergembira dengan peringatan itu lantas kita memusatkan perhatian untuk menghilangkan,menjauhkan dan membunuh kalajengking itu,padahal serangan kalajengking itu hanya pada badan dan sakitnya hanya terasa pada hari ini dan hari berikutnya,sedangkan budi rendah pada isi hati itu lebih berbahaya,apabila ia selamanya atau beribu-ribu tahun sesudah mati.Kemudian kita tidak senang kepada orang yang memperingatkan kita kepada budi rendah itu dan kita tidak menumpahkan perhatian untuk menghilangkan budi rendah itu,bahkan kita menghabiskan waktu untuk melawan orang yang member nasihat itu dengan mengimbangi perkataannya,lantas kita berkata kepadanya:Engkau juga berbuat begini dan begitu.Kita hanya disibukkan oleh permusuhan dengan dia,tanpa mau mengambil manfaat daripada nasihatnya.

Keadaan demikian serupa dengan kebekuan hati yang disebabkan oleh banyaknya dosa.Pokok pangkal kesemuanya itu ialah keimanan iman.Mari kita mohon kepada Allah,agar kita diberi ilham petunjuk olehNya,diperlihatkan kepada kita aib-aib diri kita dan kita diberi ketekunan untuk mengubati aib-aib itu dan kita diberi pertolongan untuk berterima kasih kepada orang yang menunjukkan kejahatan-kejahatan itu kepada kita dengan anugerah dan keutamaan Allah.

3- Jalan ketiga ialah agar orang mengambil faedah untuk mengetahui aib-aib dirinya itu dari mulut-mulut musuhnya.Sebab pandangan benci itu akan membuka berbagai kejahatan.Seorang musuh yang benci mungkin akan lebih banyak manfaat kepada orang tersebut daripada seorang teman yang bermuka-muka dan menjilat,yang menyanjung dan memuji kepadanya serta merahsiakan segala aib dirinya.Tabiat itu berpembawaan untuk membohongi musuh dan mendasarkan apa yang dikatakan kepada musuh itu atas dengki,hanya seorang yang bijaksana tidak akan berdiam diri untuk mengambil manfaat dari perkataan-perkataan musuhnya,sebab kejahatan-kejahatan dirinya itu pasti akan terhambur daripada mulut mereka.

4- Jalan yang keempat ialah agar orang bergaul dengan orang banyak.Setiap hal yang ia pandang tercela di antara kalanagan khalayak,maka hendaklah ia menuntut dirinya agar tidak berbuat seperti itu dan ia menisbahkan hal itu kepada dirinya,bahwa kalau ia berbuat seperti itupun akan tercela juga.Sebab orang mu’min itu adalah cermin orang mu’min yang lain,ia dapat mengetahui aib-aib dirinya dari melihat aib-aib orang lain.

Diketahui bahwa hampir semua watak berdekatan saja(hampir sama)dalam hal suka menurutkan hawanafsu.Tiap suatu sifat yang ada pada seorang tidak akan orang lain terlepas dari pokok sifat tersebut,atau bahkan lebih besar dari itu atau sebahagian daripadanya.Maka hendaklah orang memeriksa dirinya,membersihkannya dari segala yang dipandang tercela pada orang lain.

Jalan keempat cukuplah kiranya sebagai pendidikan terhadap diri anda.Kalau semua orang mau meninggalkan hal-hal yang mereka benci pada orang lain,maka mereka tidak perlu lagi kepada pendidik.

Kepada Nabi Isa a.s. pernah ditanyakan:Siapakah orang yang mendidik engkau?Jawab Nabi Isa:Tidak ada seorang pun yang mendidik aku,hanya aku melihat kebodohan si bodoh itu sebagai aib padanya,lantas kujauhi kebodohan itu.
Kesemuanya itu ada daya upaya orang yang tidak mendapatkan seorang guru yang arif,pintar dan mengetahui akan aib diri,belas kasihan,pemberi nasihat dalam hal agama,sempurna mendidik dirinya dan bertekun mendidik hamba-hamba Allah Ta’ala meberi nasihat kepada mereka.

Barangsiapa mendapatkan guru yang demikian,maka ia bererti telah mendapatkan seorang tabib;maka hendaklah ia senantiasa berhubungan dengan dia.Ialah tabib yang menyelamatkan dirinya dari penyakitnya dan membebaskan dia dari kehancuran yang mengancam.

Wallahu'alam.
BUKU"KEAJAIBAN HATI"-IMAM AL-GHAZALI

01 August 2011

RAHSIA MENGAPA ALLAH MENGHAPUS PERBUATAN BURUK

Orang-orang beriman bercita-cita mem¬peroleh keridhaan, kasih sayang, dan surga Allah. Namun, manusia diciptakan dalam keadaan lemah dan lupa sehingga manusia melakukan banyak kesalahan dan memiliki banyak kelemahan. Allah Yang Maha Menge¬tahui keadaan hamba-hamba-Nya dan Maha Pengasih dan Penyayang memberitahukan kita bahwa Dia akan menghapus perbuatan buruk dari hamba-Nya yang ikhlas dan akan memberikan kepada mereka pemeriksaan yang mudah:

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya dengan gembira.” (Q.s. al-Insyiqaq: 7-9).

Tentu saja Allah tidak mengubah perbuat¬an buruk setiap orang menjadi kebaikan. Adapun sifat orang-orang beriman yang per¬bu¬at¬an buruknya dihapus Allah dan diam¬puni-Nya diberitahukan dalam al-Qur’an.


Orang-orang yang Menjauhi Dosa-dosa Besar

Dalam sebuah ayat Allah menyatakan:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang me-nger¬jakannya, niscaya Kami hapus kesa¬lahan-kesalahanmu dan Kami masuk¬kan kamu ke tempat yang mulia.” (Q.s. an-Nisa’: 31).

Orang-orang yang beriman yang menge¬ta¬hui fakta ini berbuat dengan sangat hati-hati dengan memperhatikan batas-batas yang ditetapkan Allah, dan mereka menghindari hal-hal yang dilarang. Jika mereka melakukan kesalahan karena kealpaannya, mereka segera berpaling kepada Allah, bertobat, dan memo¬hon ampunan.
Allah memberitahukan kita dalam al-Qur’an tentang hamba-hamba-Nya yang tobat¬nya akan diterima. Dalam hal ini, jika kita mengetahui perintah Allah, namun dengan sengaja kita melakukan dosa dan ber¬kata, “Tidak apa-apa, apa pun yang terjadi saya akan diampuni.” Perkataan ini benar-benar menunjukkan cara berpikir yang salah, karena Allah mengampuni perbuatan dosa hamba-hamba-Nya yang dilakukan karena kealpaan dan ia segera bertobat dan tidak berniat mengulanginya lagi:

“Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanya¬lah tobat bagi orang-orang yang menger-jakan kejahatan lantaran ketidaktahuan, yang kemu¬dian mereka bertobat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima tobatnya oleh Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah tobat itu di¬teri¬ma Allah dari orang-orang yang menger-jakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia menga-takan, ‘Sesung¬guhnya saya bertobat seka¬rang.’ Dan tidak pula orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.s. an-Nisa’: 17-8).

Sebagaimana disebutkan dalam ayat di atas, menjauhi perbuatan dosa dengan sung¬guh-sungguh sangatlah penting jika seseorang ingin perbuatan-perbuatan buruknya diha¬pus¬kan, dan jika tidak menginginkan penye¬salan pada hari pengadilan kelak. Dalam pada itu, seorang beriman yang melakukan suatu dosa, hendaknya secepatnya memohon am¬pun kepada Allah.


Orang-orang yang Sibuk Mengerjakan Amal Saleh

Dalam ayat lainnya, Allah menyatakan bahwa Dia akan menutupi perbuatan buruk orang-orang yang beramal saleh. Sebagian dari ayat-ayat yang membicarakan masalah ini adalah sebagai berikut:

“Pada hari ketika Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan, itulah hari ditampakkannya kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh, niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang meng¬alir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar.” (Q.s. at-Tagha¬bun: 9).

“Kecuali orang-orang yang bertobat, ber¬iman, dan mengerjakan amal saleh, maka mere¬ka itu kejahatan mereka diganti dengan Allah dengan kebajikan. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. al-Furqan: 70).

Setiap perbuatan dan semua tindakan yang dilakukan untuk mencari karunia Allah adalah “amal saleh”. Misalnya, perbuatan seperti menyampaikan perintah agama Allah kepada manusia, memperingatkan seseorang yang tidak mau bertawakal kepada Allah atas takdirnya, menjauhi seseorang dari meng¬gunjing, memelihara rumah dan badan agar tetap bersih, memperluas wawasan dengan membaca dan belajar, berbicara dengan sopan, mengingatkan orang tentang akhirat, mera¬wat orang sakit, menunjukkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada yang lebih tua, men¬cari nafkah dengan cara yang halal sehingga hasilnya dapat digunakan untuk kemanfaatan orang lain, mencegah kejahatan dengan ke¬baikan dan kesabaran, semua itu merupa¬kan amal saleh jika dilakukan untuk mencari keridhaan Allah. Orang-orang yang meng¬ingin¬kan agar kesalahannya diampuni dan diganti dengan kebaikan di akhirat, hendak¬nya selalu melakukan perbuatan yang sangat diridhai Allah. Untuk tujuan itu, hendaknya kita selalu ingat perhitungan pada Hari Pengadilan. Tentunya menjadi jelas bagaima¬na¬kah seseorang seharusnya berbuat, misal¬nya jika ia diletakkan di depan api neraka, kemudian kepadanya diperlihatkan perbuat¬an-perbuatan buruknya yang telah ia kerjakan semasa hidupnya, kemudian diingatkan bah¬wa ia seharusnya berbuat benar agar diam¬puni. Seseorang yang melihat api neraka, yang mendengar keputusasaan, penyesalan, dan keluh kesah para penghuni neraka yang meng¬¬alami siksaan yang pedih, dan yang menyaksikan siksa neraka dengan matanya, tentu saja akan melakukan perbuatan yang sangat diridhai Allah dan akan berusaha dengan sekuat tenaganya. Orang ini akan me¬ngerjakan shalat tepat pada waktunya, mela¬ku¬kan amal saleh, tidak akan pernah lalai, tidak pernah berani melakukan perbuatan yang kurang diridhai Allah, jika ia menge¬tahui bahwa ada perbuatan lainnya yang lebih diridhai-Nya. Karena neraka yang ada di sisinya akan selalu mengingatkannya tentang kehidupan yang kekal abadi dan siksaan Allah. Ia akan segera melakukan apa yang diperintahkan oleh hati nuraninya. Ia akan berhati-hati dalam menjaga shalatnya. Se¬hing¬ga, dalam kehidupan di dunia ini, perbuatan buruk bagi orang-orang yang melakukan amal saleh, takut kepada Allah dan hari pengadilan, bagaikan orang yang melihat neraka lalu dikembalikan ke dunia, atau bagaikan mereka selalu melihat api neraka di sisinya sehingga ia segera melaku-kan kebaikan. Orang-orang yang beriman ini merasa yakin tentang akhirat dan mereka sangat takut dengan azab Allah dan berusaha menjauhinya.

Temuduga Tertutup

Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:

1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.