Pada hakikatnya kita sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir tentang cara untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Kita berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Selepas itu, kita berfikir pula tentang cara untuk mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula tentang cara untuk menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.
Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila kita berhadapan dengan masalah, misalnya ketika kita ditimpa musibah, ketika kita kesempitan wang, ketika kita sakit atau ketika kita menghadapi kegagalan. Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang kita lakukan.
Berfikir Kerana Allah?
Bagaimanakah pula dengan tanggung-jawab kita terhadap Allah SWT dalam hal berfikir ini? Apakah yang dituntut oleh Allah SWT dengan keupayaan berfikir yang ada pada kita? Untuk apakah Allah memberikan kita keupayaan berfikir? Apakah keutamaan orang yang berfikir menurut kehendak Allah? Apakah balasan dan kesudahan orang yang tidak mahu berfikir seperti yang Allah tuntut?
Sebenarnya Allah SWT memerintahkan kita untuk berfikir. Sebagai contoh, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.
“Wahai Tuhan kami, siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau hinakan dia, dan orang yang melanggar aturan itu tidak mempunyai penolong.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang memanggil kepada keimanan: Berimanlah kepada Tuhanmu! Lalu kami beriman. Wahai Tuhan kami, sebab itu ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang yang baik-baik.
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di akhirat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
“Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dan mengatakan: Sesungguhnya Aku tidak akan membuang percuma saja pekerjaan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lain adalah sama. Oleh itu, orang yang berpindah negeri, diusir daripada rumahnya, diseksa kerana mengikut jalan-Ku dan berperang atau terbunuh, sesungguhnya akan Kututup kesalahan mereka dan akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itulah pahala daripada Allah dan di sisi Allah pahala yang sebaik-baiknya.”
(Ali ‘Imran: 191-195)
Pada suatu subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah SAW menangis teresak-esak. Apabila ditanya oleh Bilal mengapakah baginda menangis, Rasulullah SAW menjawab bahawa baginda baru saja menerima wahyu (ayat di atas). Apakah kandungan ayat tersebut yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis?
Dalam ayat pertama, Allah menerangkan tentang sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring. Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirannya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.
Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan ‘Allah’, ‘Allah’, ‘Allah’, pada setiap masa? Sebenarnya apa yang dituntut oleh Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:
* untuk mencari matlamat Allah;
* dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan
* meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.
Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?
Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi. Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan oleh Allah bukan dengan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya ‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka. Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.
Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita telah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah SWT? Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur-unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Kita sedar bahawa kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan. Cuba kita fikirkan tentang kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita rasa malu dan terhina. Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina. Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi. Jadi salah satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam pengertian yang sebenarnya?
Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjuk-kan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia.
Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan bahawa sungai-sungai yang mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (masa wahyu diturunkan). Ini kerana sungai adalah satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.
Apakah yang perlu kita fikirkan?
Sebenarnya perkara yang disebutkan di dalam ayat yang dipetik di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan. Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan.
Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim AS yang bermaksud:
“Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:
* waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah;
* waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya;
* waktu untuk dia berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah; dan
* waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.”
Adakah kita telah memikirkan tentang empat perkara di atas ataupun kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan tentang perkara yang keempat. Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Ini bermakna kita merasai perkara pertama, kedua dan ketiga sebagai tidak penting. Na’uzubillah!
Setelah beriman dan merasai hubungan kita dengan janji-janji Allah, kita dituntut pula untuk memikirkan persoalan jihad iaitu mencari jalan yang terbaik bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berada di bawah cengkaman musuh-musuh Islam. Ini adalah tuntutan yang sudah sewajarnya dirasai oleh mereka yang benar-benar berfikir tentang kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah.
Sebagai kesimpulan, berfikir merupakan salah satu tugas utama setiap mukmin yang benar-benar mahu beriman kepada Allah SWT. Hanya dengan berfikir tentang penciptaan langit, bumi dan makhluk-makhluk Allah SWT, kita akan merasai kehebatan-Nya. Dengan rasa hati yang mengagungkan Allah SWT sahaja kita akan merasai hidup ini merupakan ujian daripada Allah SWT. Akhirnya proses berfikir akan membawa hati kita merasai bahawa balasan Allah SWT sedang menanti kita di akhirat. Bagi mukmin, doa mereka ialah semoga Allah SWT menyelamatkan diri mereka daripada api neraka jahanam yang sangat pedih. Inilah yang sepatutnya berlaku apabila kita berfikir.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (3:185)
12 October 2010
10 October 2010
Love Allah..

terkadang kita mengatakan cinta itu buta
kerana butanya hati seseorang yang kita sayangi
terkadang hati itu menangis seorang diri
dengan berpura-pura dihadapan orang yang dicintai
bisakah hati ini terus begini?
terus begini lebih baik berbanding diluahkan lagi
pepatah Unic"hanya tuhan yang tahu"
hati ini terus berlari
terkadang tidak sanggup menahan sendiri
namun terus jua digagahkan langkah hati ini
dari terjatuh ke lembah kemurkaan pemiliknya
iaitu ALLAH Yang Esa
Hati ini berkata lagi
aku pernah mencintainya dalam diam
namun tak sanggup aku luahkan
kerana ku tahu cinta yang suci perlu dipelihara
dijaga rapi,
oh,indahnya ujian yang Kau beri
hanya aku yang sebenarnya terkadang buta sendiri
padahal cinta yang kudambakan telah kudapatkan
mengapakah perlu aku mencari yang tidak halal
sedangkan yang halal itu terbuka luas jalannya buatku
biarlah aku terus begini
mencintai hambaNya tak bermakna aku harus bersamanya
namun sebenarnya
mencintai orang yang dicintai
adalah mencintai pemilik sebenar cinta hakiki
tidak mahu lagi aku terus melangkah ke dalam lubang yang sama
kerana melangkah lagi bererti aku sengaja memperbodohkan diri sendiri
biarlah begini
dan terus begini
aku dengan cara hidupku
itu lebih membahagiakan
walaupun aku terluka
namun luka itu tak selamanya berparut
parut itu akan hilang jika yang kucintai
adalah DIA YANG MAHA ESA
Pemilik segala cinta hakiki
Jangan ditangisi cinta hakiki
tapi senyumlah buat diri sendiri
kerana ujian yang diberi
menandakan dirimu dicintaiNYA
dan itulah cinta sebenar yang dicari-cari selama ini
04 October 2010
siapa ulamak?
DEFINISI ULAMAK
Secara bahasa, ‘ulama’ berasal dari kata kerja dasar ‘alima (telah mengetahui); berubah menjadi kata benda pelaku ‘alimun (orang yang mengetahui – mufrad/singular) dan ‘ulama (jamak taksir/irregular plural).
Berdasarkan istilah, pengertian ulama dapat dirujuk pada al-Quran dan hadis.
• Pertama, Yang sangat masyhur dalam hal ini adalah firman Allah subhanahu wa ta'ala :
‘innama yakhsya Allahu min ‘ibadihi al ulama’
artinya :
sesungguhnya yang paling taqwa kepada Allah diantara hambaNya adalah ulama (Fathir 28).
• Kedua, menurut hadits Nabi SAW:
"ulama adalah pewaris para nabi".
Pewaris nabi adalah orang yang melanjutkan tugas-tugas kenabian dengan mencontoh perilaku dan kehidupan Nabi SAW.Seseorang itu dikatakan ulama bila seluruh hidupnya dicurahkan untuk mengembangkan ajaran islam, lurus Aqidahnya, berilmu tinggi dan sangat mendalam dalam pemahaman, berpribadi luhur dan rendah hati, dapat dipercaya dan konsisten, bijaksana, dan tidak terperangkap dengan nafsu duniawi.
Ahli-ahli ilmu lain yang tidak berhubungan dengan al-Quran dan hadis tidak masuk dalam kategori ulama, hal ini bisa kita fahami dari maqolah-maqolah atau pernyataan-pernyataan berikut ini:
Imam Syafi’i berkata:
“Seluruh ilmu selain Al Qur’an adalah hal yang menyibukkan kecuali hadits dan fiqh dan memahami agama. Ilmu adalah yang terdapat padanya haddatsana (telah mengkabarkan kepada kami - yakni ilmu hadits) dan selain dari padanya adalah bisikan-bisikan setan.”
Ibnu Qoyyim menyatakan:
“Ilmu adalah berkata Allah, berkata Rasul-Nya, berkata para sahabat yang tiada menyelisihi akal sehat padanya.” (Al Haqidatusy-Syar’iyah: 119-120)
DARJAT SEORANG ULAMAK
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"(Az-Zumar:9)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui."(Al-Anbiya':7)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyetakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali-Imran: 18)
Demikianlah kedudukan ulama diangkat, mereka merupakan orang-orang yang paling takut diantara manusia, mereka merupakan tempat pertanyaan bagi orang yang tidak mengetahui dan merekalah orang-orang yang mengenali Allah, nama-nama dan sifat-sifatNya, dan perbuatanNya sehingga membuat mereka paling takut dengan Allah.
Pada masa sahabat dan dua generasi terbaik islam setelah sahabat, sangat banyak ulama yang mendalami spesialisasi keilmuan, seperti fiqh, tafsir, hadits dll. Namun ada juga beberapa Ulama yang menguasai seluruh bidang keagamaan
Adapun Kategori ulama atas dasar ilmu, secara garis besar sebagai berikut:
1. Ulama Ahli Quran ialah ulama yang menguasai ilmu qiraat, asbabunnuzul, nasih mansuh dsb. Ulama tafsir adalah bagian dari ini yang memiliki kemampuan menjelaskan ‘maksud’ Qur’an.
2. Ulama Ahli Hadits yaitu ulama yang menguasai ilmu hadits, mengenal dan hafal banyak hadist, mengetahui bobot kesahihannya, asbabul wurudnya (situasi datangnya hadits), Syarah Haditsnya, dsb.
3. Ulama Ahli Ushuluddin ialah ulama yang ahli dalam aqidah Islam secara luas dan mendalam, baik dari segi dalil aqli dan dalil naqlinya.
4. Ulama Ahli Fiqh adalah ulama yang memahami hukum Islam, menguasai dalil-2nya, metodologi penyimpulannya dari Qur’an dan hadits, serta mengerti pendapat-2 para ahli lainnya, dan lain sebagainya.
5. Ahli-ahli yang lain, seperti, ahli pada berbagai bidang yang diperlukan sebagai sarana pembantu untuk dapat memahami Qur’an dan hadits, seperti ahli bahasa arab, ahli mantik, ahli sejarah, dsb, mereka pun termasuk kategori ulama dalam bidangnya masing-masing.
Untuk memahami sifat karakteristik seseorang dikatakan ulama, mari kita semak perkataan-perkataan Ibnu Rajab Al-Hadromi berikut ini:
“Mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun, tidak mengaku berilmu, tidak bangga dengan ilmunya atas seorang pun, tidak mudah menghukumi orang yang jahil sebagai orang yang menyelisihi As-Sunnah, Mereka adalah orang yang berburuk sangka kepada diri mereka sendiri dan berbaik sangka kepada ulama salaf. Mereka juga mengakui ulama-ulama terdahulu dari pada mereka serta mengakui bahawa mereka tidak akan mampu mencapai darjat mereka atau mendekatinya.”
Ummat Islam hendaknya kita menghormati dan menghargai para Ulama’. Karena melalui perantara merekalah agama Islam ini bisa tersebar ke seluruh penjuru dunia, termasuk ke negri ini. Dan dengan jasa para ulama pula kita dapat memahami permasalahan-permasalahan agama islam, serta mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. Dengan perantara ilmu mereka pula maka kemurnian syari’at dapat terjaga. Dan hendaknya kita merasa sedih dengan meninggalnya para ulama’, ini dikarenakan berarti Allah telah mencabut ilmu dari manusia dengan mewafatkan para Ulama’.
02 October 2010
jalan dan perjalanan..

Jalan mana lagi kalau bukan jalan ini..
jalan menuju keredhaan ALLAH..
bukan lagi jalan menuju kemurkaan NYA..
pastikan jalan yang dipilih jalan yang betul..
bukan jalan orang-orang yang sesat..
dan bukan jalan-jalan orang yang Dia murkai..
Apabila telah ditemui jalan yang lurus..
jangan lagi patah balik ke jalan yang sesat itu..
pilihlah jalan yang selama-lamanya kamu tidak rugi..
berjalanlah mencari keredhaanNYA..
berjalanlah melihat kebesaranNYA..
sesungguhnya berjalan itu adalah satu nikmat yang besar buatmu..
jalan dan terus berjalan..
berjalan ke jalan sehala..
berjalan tanpa henti..
mungkin setelah kemanisan berjalan ditemui..
kamu akan mengubah langkahmu semakin laju..
mungkin jua akan berlari..
mungkin jua akan berhenti..
nasihatku,teruskan berjalan..
xusahlah berlari jika kamu tak mampu berlari..
namun teruskan istiqomah berjalan..
itu lagi disukai ALLAH..
jangan lupa membawa bekalan ketika berjalan..
nanti kamu dahaga dan lapar di tengah jalan..
berhentilah mengisi apa yang kurang..
semoga perjalananmu tidak berhenti di tengah jalan..
tetapi terus berjalan,dan terus berjalan..
semoga apa yang aku nasihati ini..
terus kekal menjadi inspirasi duhai teman..
berjalan dan teruskan perjalanan..
berjalan jangan ada yang tertinggal membawa bekalan..
berjalan jangan ada yang kecundang..
bangunlah jika kamu terjatuh ke dalam lubang..
bangunlah jika kamu jatuh tersepak batu di tengah jalan..
bangunlah jangan ada rasa segan..
berjalan dan terus berjalan..
apabila mimpi hampir menjadi kenyataan..
jangan lupa kamu perlu teruskan perjalanan..
perbanyakkan bekalan dalam perjalanan..
agar langkahmu tidak terhenti lagi di tengah jalan..
jangan lupa bekalan yang melancarkan perjalanan..
bersyukur dalam setiap langkah perjalananmu..
agar kamu sentiasa ditemani ALLAH di tengah jalan..
21 April 2010
Nasihat Seorang Kakak..
Assalamualaikum,kisah ini adalah email dari seorang sahabat karibku,dan amat beharga buat kalian fikir betul-betul apa yang disampaikan dalam nasihat-nasihat si ibu buat anak perempuan yang amat dikasihinya..dan juga kutitipkan nasihat ini buat si jejaka-jejaka yang mencari sang penawar hati di luar sana..
hatiku untuk siapa???
salam...
salam ukhwah buat semua sahabatku yang ku cintai kerana Dia. Moga kita dalam rahmat dan berkahNya.Ku sampaikan ceritera hati seorang insan bernama ibu buat tatapan kita bersama.Moga Allah titipkan dalam hati kita cinta dari namaNya Al-Wadud.
Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, kedua-duanya bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..
Saya memintas, Tak faham..
Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
Kakak..
Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
Redha
Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Subscribe to:
Posts (Atom)