22 February 2010

Akhlak(Masuk Islam Kerana Hutang)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Sedikit renungan bersama berkenaan dengan akhlak kita sebagai manusia yang bergelar ummat Nabi Muhammad SAW,iaitu berkaitan dengan kesabaran dan ketinggian budi.Mudahnya melakukan kerja dakwah,tidak perlu bersusah payah,melalui akhlak yang baik sahaja,boleh membuatkan orang terpaut hati kepada Islam?
Bolehkah begitu?
Jawapannya boleh!

Mari kita teliti dan kaji akhlak Nabi kita,Muhammad SAW:

Zaid Bin Sana,seorang pendeta Yahudi,telah menarik dengan kasar baju dan serban Rasulullah SAW sambil berkata,"Hai Muhammad,bayarlah hutangmu."

Sayidina Umar begitu marah mendengar kata-kata Zaid,lalu mengugutnya,tetapi Rasulullah SAW berkata dengan tenang,"Bayarlah kepadanya hutangku.Dan tambahkanlah 20 gantang kurma sebagai ganti ugutanmu tadi.Sebenarnya masih ada beberapa hari lagi tempoh membayar hutangkun itu."

Ketika menerima tambahan kurma itu,Zaid bertanya,"Tambahan apakah ini hai Umar?"Jawab Umar,"Aku disuruh menambahi padamu sebagai imbalan ugutanku tadi."

Lalu Zaid berkata,"Hai Umar,ketika aku melihat wajah beliau,aku lihat segala tanda kenabian di wajahnya kecuali dua perkara saja yang belum aku buktikan,iaitu kesabaran dan ketinggian budi beliau.Kini terbukti kesabarannya lebih ketara daripada kemarahannya,semakin marah makin bertambah sabar.Saksikan hai Umar,bahawa aku masuk Islam dan saksikan juga bahawa separuh daripada hartaku aku sedekahkan pada kaum Muslimin."



Begitulah kita dapat lihat,betapa mahalnya nilai akhlak,sehingga membuatkan non-Muslim tertarik memeluk agama Islam.Renung-renungkanlah bagaimana akhlak kita pada hari ini.Tak perlu direnung jauh-jauh,cukup sekadar merenung akhlak kita dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita yang kita jumpa hari-hari.Sempurnakah diri kita dengan hanya menuntut ilmu agama semata-mata tanpa mempraktikkan apa yang kita pelajari dan kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari?

Saya ingin melahirkan rasa kecewa dan berdukacita terhadap fenomena yang berlaku dalam sekitar kampus saya sendiri,cukup sekitar ini.Saya ingin mengambil contoh akhlak bermuka manis,iaitu senyum atau memberi salam kepada saudara seagama kita.Bukan susah pun nak senyum dan bagi salam,tak sampai seminit,tak perlu keluarkan modal,tak perlu kemudahan pengangkutan untuk melakukan kerja yang paling ringan dan amat mudah ini,tetapi hakikatnya,manusia yang lemah seperti kita ini,apatah lagi lemah imannya,susah melakukan dan menerapkan nilai akhlak ini dalam diri.

Hakikat yang sebenarnya,senyuman itu datangnya dari iman kita,dari hati yang tenang,mana mungkin orang yang tengah marah boleh senyum?
Betulkah begitu?
Jawapannya tak betul!
Kerana orang yang tengah marah boleh senyum apabila dia sedar bahawa kemarahan itu datangnya dari kemarahan syaitan,dan bukan kemarahan yang datang dari sifat orang yang beriman.Bila kita boleh marah?Ada tahap-tahap dan batas-batasnya yang telah Islam ajarkan kepada kita,tak perlulah saya huraikan di sini,kerana ia memerlukan huraian yang cukup tepat dari orang yang alim,hanya yang saya boleh kongsi di sini,kita boleh marah apabila sesuatu perkara itu,bertentangan dengan kesukaan ALLAH S.W.T.

Hakikatnya,marilah kita semua lihat dan renung kembali setakat mana akhlak yang telah kita praktikkan dalam diri kita pada hari ini.Setakat mana Islamnya kita yang bergelar Muslim.

Cermin-cerminkanlah akhlak dalam diri,insyaallah,cantik akhlak,cantik budi pekerti,cantiklah dirimu.
Wallahu'alam.