27 June 2011

Warak

Berkata Ahmad bin Abi al-Huwara rahimahullahu taala:

"Aku bercita-cita mahu melihat Imam Abu Sulaiman ad-Darani di dalam mimpiku,lalu aku dapat melihat beliau dalam mimpiku setelah cukup satu tahun daripada tarikh beliau wafat.Aku berkata kepada beliau:

"Wahai guru yang banyak mengajar,apakah yang dibalas oleh Allah taala daripada segala amalan engkau?"

Lalu beliau menjawab:

"Wahai Ahmad!Sebenarnya pada suatu hari aku datang daripada Bab as-Shaghir,lalu aku menemui raga seorang tua yang ada di situ dan kuambil sebatang kayu daripadanya.Aku pun sudah lupa apakah kayu yang aku ambil itu kubuat pencungkil gigi atau kulemparkan begitu sahaja.Maka sekarang ini saya sedang berhadapan dengan hisab kesalahanku itu sejak daripada satu tahun yang sedang berlalu sampai ke malam ini."

Maka alangkah hebatnya kisah ini.Ia mengingatkan supaya kita sentiasa berlaku warak dan ia juga memberi amaran supaya kita berhati-hati daripada dosa yang kecil-kecil atau sebarang kezaliman terhadap harta orang lain.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment