Al-Ghubn (Kerugian)
Kerugian yang di maksudkan ialah kerugian besar (al-Ghubn al-Fahish) iaitu kerugian yang melibatkan 5% drpd harga barang biasa, 10% drpd harga binatang dan 20% drpd harga harta takalih (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah)
Apabila berlaku kerugian besar dalam jual beli tanpa terlibat dgn penipuan, pihak yang rugi tidak berhak memfasakhkan jual beli tersebut kecuali sekiranya kerugian itu melibatkan harta anak yatim, waqaf atau baitul mal, dimana jual beli itu adalah di kira sebagai tidak sah.
Al-Taghrir/al-Gharar (Penipuan)
Al-Gharar ialah memberikan gambaran terhadap barang atau objek yang akan di jual dengan ciri-ciri atau sifat-sifat yang berlainan daripada keadaannya yang sebenar.
Pihak yang tertipu(samada pembeli atau penjual)yang mengalami kerugian yang tinggi, maka pihak yang mengalami kerugian di beri hak untuk memfasakhkan jual beli tersebut.
Dakwaan penipuan yang menyebabkan kerugian besar tidak boleh diwarisi. Oleh yang demikian sekiranya orang yang mengalami kerugian kerana disebabkan oleh penipuan itu mati, waris nya tidak boleh membawa kes tersebut ke mahkamah.
Gugur hak fasakh daripada pembeli yang mengetahui tentang penipuan itu tetapi tidak bertindak segera dan menjadikan barang itu telah pun menjadi miliknya dengan membuat pengubahsuaian atau terjadi kerosakan semasa di dalam tangannya.
Jualan oleh pesakit Tenat
Definasi
Yang di maksudkan sakit tenat ialah sakit marad al-maut iaitu sakit yang membawa maut.
Hukum
Sekiranya pesakit menjual kepada waris maka jualan tersebut tertakluk kepada persetujuan waris yang lain.
Penjualan harta oleh pesakit kepada bukan waris dengan harga setimpal adalah sah.
Sekiranya harga yang di jual lebih murah maka jumlah kerugian mestilah tidak melebihi daripada lingkungan satu pertiga harga pasaran.
Sekiranya si pesakit meninggal dunia dan telah menjual harta yang harganya tidak mampu menampung pembayaran hutangnya kerana ianya menjual dengan kadar yang rendah maka tuan punya hutang berhak menyuruh si pembeli menambahkan bayaran ketahap harga yang sepatutnya.
Jika si pembeli enggan maka tuan punya hutang berhak memfasakhkan jual beli tersebut.
Sekiranya kurang daripada satru pertiga , maka pembeli mestilah menambahkannya lagi. Sekiranya si pembeli tidak berbuat demikian pihak waris berhak menfasakhkan jual beli tersebut.
No comments:
Post a Comment