24 April 2011

Jualan Yang di Tegah

Didalam perniagaan kesahihan sesuatu transaksi itu adalah perkara yang utama. Dengan itu sahnya sesuatu aqad jual beli itu bergantung kepada ketiadaan unsur yang dilarang oleh syarak.
Fuqaha membahagikan jual beli yang ditegah kepada dua bentuk;

-Jual beli yang haram dan tidak sah.
-Jual beli yang haram tetapi sah.

Jual beli yang haram dan tidak sah


1)Jual beli yang mengandungi riba

2)Jual beli bahan najis kerana ianya tidak dianggap sebagai mal/harta yang bernilai.

3)Jual beli secara sentuhan (al-Mulamasah) iaitu pembeli membeli dengan tidak melihat tetapi sekadar dengan sentuhan.

4)Jual beli campak (al-Munabazah) iaitu penjual mencampak kepada pembeli beberapa barang dengan tidak menentukan yang mana satukah yang hendak di jual dan harganya.

5)Jual baling batu (al-Hashoh) iaitu pembeli membaling batu kepada barang yang hendak di beli yang terletak bersama barang-barang lain. Yang terkena akan menjadi haknya. Ini merupakan suatu perjudian.

6)Jual bayaran harga secara tangguh kepada masa kelahiran anak (bai’ habl al-hablah)
iaitu menjadikan masa kelahiran anak seekor binatang iaitu masa yang tidak dapat di pastikan sebagai tempoh penjualan tangguh (bai’i bi thaman ‘ajil)

7)Jual janin dalam kandungan (bai’i al-madhomin) yang tidak di ketahui jenis dan sifatnya.

8)Jual benih binatang (bai’i al-malqih) yang termasuk didalam jualan barang yang tidak di ketahui.

9)Jual buah-buahan yang belum sesuai untuk di manfaatkan.

** 3-8 adalah amalan semasa zaman jahiliyyah

Jual al-’urbun atau yang melibat deposit atau cengkeram yang tidak dikembalikan sekiranya tidak jadi jual beli. Dalam masalah ini, fuqaha berpendapat ianya harus dan bergantung kepada perjanjian antara kedua belah pihak.

Jual beli yang haram tetapi sah

Jual beli yang haram tetapi sah berlaku didalam keadaan dimana ianya melibat penipuan ataupun sikap yang tidak bermoral.

Sebagai contohnya ialah seseorang menjual barang setelah mempengaruhi pembeli supaya membatalkan keputusannya yang pada mula hendak membeli daripada orang lain.

Begitu juga pihak pembeli menawarkan kepada penjual supaya membatalkan keputusannya untuk menjual kepada orang lain( al-Saum ‘ala saumi akhihi).

Membeli daripada orang kampung yang dalam perjalanan ke bandar dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.Tetapi tidak dilarang sekiranya ianya bertujuan membantu orang kampung supaya tidak tertipu.

Menawar bukan untuk tujuan membeli tetapi bertujuan untuk menaikkan harga.

Memberi maklumat yang salah supaya seseorang itu menjual sesuatu barang dengan harga yang lebih murah.Perbuatan ini disebut sebagai al-najash.

Jual beli yang menyebabkan pemisahan antara ibu dan anak yang masih kecil.

Jual beli pada ketika sembahyang jumaat.

Jual anggur untuk di buat arak.

Monopoli atau al-ihtikar ke atas barang keperluan.

No comments:

Post a Comment