24 April 2011

Aqad Al-Sharikah

Al Musyarakah & Al-Mudharabah

Definasi

Al-Musharakah ialah aqad antara pemegang-pemegang saham dan rakan-rakan kongsi ke atas modal dan keuntungan.

Al-Musharakah lebih terkenal dengan perkataan sharikat yang merupakan gabungan modal daripada pemegang-pemegang saham untuk membiayai sesuatu projek dengan keuntungan daripada projek itu di bahagikan mengikut kadar yang dipersetujui.

Sekiranya projek itu mengalami kerugian maka bebannya di tanggung oleh pemegang-pemegang saham mengikut nisbah saham masing-masing


Jenis dan kategori

Sharikah al-’Inan iaitu perkongsian di antara dua orang atas harta mereka untuk berniaga dan membahagikan keuntungan sesama mereka
Sharikah al-Abdan iaitu perkongsian di antara dua orang atau lebih yang mengumpulkan hasil pekerjaan masing-masing ke dalam satu tabung kemudian membahagikannya sesama mereka tanpa mengambil kira kadar bahagian masing-masing yang dimasukkan ke dalam tabung itu.


Sharikah al-Ujuh iaitu perkongsian yang tertubuh tanpa modal yang mana masing-masing rakan kongsi di dalam sharikat itu membeli barang dengan bayaran harga secara tangguh kemudian menjual barang itu dan mengumpul keuntungannya untuk di bahagikan sesama mereka.


Sharikah al-Mufawadah iaitu perkongsian di antara dua orang atau lebih untuk bekerja dengan syarat tiap-tiap pemegang saham hendaklah mempunyai modal yang sama banyak, hak yang sama tanggungjawab yang sama berat, pembahagian untung yang sama dan sama agama.

Rukun

1)Pemegang pemegang saham atau rakan kongsi
2)Modal
3)Projek
4)Untung
5)Sighah: ijab dan qabul

Hukum al-Musharakah

Ulamak fiqh bersependapat bahawa sharikah al-’Inan sebagai harus dan sah
Sharikah al-Abdan adalah harus mengikut mazhab hanafi, hanbali dan maliki tetapi tidak harus mengikut shafii
Sharikah al-ujuh adalah harus mengikut mazhab hanafi dan hanbali, tidak harus mengikut shafii dan maliki
Sharikah al-Mufawadah adalah harus disisi hanafi sahaja.

Syarat Pemegang Saham

Setiap pemegang saham dan rakan kongsi hendaklah layak untuk melantik wakil dan menjadi wakil. Syarat ini wajib memandangkan terdapatnya konsep al-wakalah.
Setiap pemegang saham adalah tuan punya bersama syarikat dan berhak mengurus perniagaan bagi pihak dirinya serta bagi pihak pemegang-pemegang saham yang lain sebagai wakil

Syarat Modal

Modal hendaklah terdiri daripada wang dan barang yang boleh di nilai dengan wang
Modal hendaklah di campur menjadi milik bersama di anatar pemegang saham tanpa di bezakan anatara hak milik seseorang dengan yang lain.
Kadar saham tidak semestinya sama di antara pemegang saham

Setiap pemegang saham boleh memindahkan hak milik sahamnya kepada orang lain
Terdapat satu cara pemindahan hak milik saham yang dijalankan oleh bank yang berakhir dengan pemilikan iaitu musharakah al muntahiyah bi al-tamlik

contohnya : bank bermusharakah dengan seorang pemaju perumahan dalam satu projek. Setelah siap projek pemaju membeli semua saham kepunyaan bank.

Syarat projek

Semua projek al-musharakah hendaklah hahl mengikut syarak
Kerja-kerja yang dijalankan oleh pemegang saham untuk sharikat hendaklah di nilai secara berasingan dan boleh di campur semasa pembahagian untung.
Seorang pemegang saham boleh menyerahkan tugas menjalankan projek sharikat kepada rakan kongsinya. Penyerahan tugas kepada orang tertentu boleh dijadikan syarat bagi penubuhan sharikat.


Pemegang saham yang di berikan tugas boleh menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan projek itu kecuali perkara-perkara yang boleh menyebabkan keraguan pemegang saham terhadap dirinya seperti mencampurkan harta sharikat dengan hartanya, memberi hutang modal sharikat kepada pihak lain tanpa persetujuan. Jika berlaku maka tanggungjawabnya berubah daripada amanah (yad amanah) kepada jaminan (yad dhomanah)

Syarat Untung

Kadar pembahagian untung hendaklah ditentukan semasa aqad
Pembahagian untung boleh mengikut kadar yang dipersetujui semasa aqad
Tanggungan bebabn kerugian yang tidak disengajakan atau cuai hendaklah mengikut nisbah saham masing-masing.

Fasakh

Terfasakh perkongsian sesorang pemegang saham dengan menarik diri, gila yang berlarutan atau mati

No comments:

Post a Comment