24 April 2011

al-Bai'i bi Thaman 'Ajil

Definasi: ialah jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran.

Ianya berlaku dengan cara menjual sesuatu dengan di segerakan penyerahan barang yang di jual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur dalm tempoh yang ditetapkan.

Hukum Bai’i bi thaman Ajil

Jualan dengan harga tangguh adalah halal si sisi syarak pada barang yang bukan bahan ribawi seperti emas, perak mata wang dan bahan makanan dalam pertukaran sesama jenis yang disyaratkan serah menyerah di satu majlis aqad yang sama.
Rukun Bai’i bi thaman Ajil ini sama dengan rukun dan syarat jual beli.

Para ulamak mempunyai dua berpendapat mengenai harga barang yang diual dengan tunai dengan jualan harga tangguh, umpamanya jika tunai Rm 2000 dan jika tangguh Rm 2200.

Jumhur fuqaha termasuk shafii, berpendapat bahawa harga seperti itu adalah halal.
Segolongan ulamak yang lain pula berpendapat bahawa ianya haram.

Mengikut panadangan Dr. Al-Siddiq al-Dharir, pengerusi Lembaga Pengawas Syariah Faisal Islamic Bank of Sudan, sewajarnya bank-bank islam mengikut dua kaedah dalam bidang jualan dengan harga tangguh.

-menjual barang kepada orang yang memerlukannya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk berniaga, jualan dengan harga tangguh atau bayaran ansuran mengikut harga jualan tunai sekiranya jumlah bayaran ansuran sedikit dan masa tangguhan tidak panjang.

-Cara kedua ialah menjual dengan harga tangguh dengan harga yang lebih daripada harga tunai dalam dua keadaan iaitu;

1)di jalankan secara musharakah dalam pernigaan dengan peniaga-peniaga yang mahu menjalankan al-musharakah dengan Bank Islam.

2)Dalam keadaan di mana tempoh penangguhannya lama dan jumlah bayaran pun besar seperti yang berlaku dalam pembelian rumah, maka bank boleh menyediakan rumah dengan apa cara jua lalu menjualkannya kepada pelanggan dengan harga tangguh atau ansuran bulanan.

Walau bagaimanapun lebihnya harga tangguh daripada harga tunai hendaklah berpatutan.

Applikasi semasa

Dalam operasi perbankan Islam, pembiayaan kepada pelaggan bank memakai konsep Bai’i bi thaman Ajil untuk pembiayaan pelajaran, pembelian saham, rumah, tanah, kenderaan, alat jentera dan sebagainya.

Bank Islam memberi kemudahan overdraft naqad di bawah kaedah ini. Operasi overdraft naqad mengandungi dua aqad.

Aqad yang pertama ialah aqad bank membeli dan pelanggan menjual assetnya secara tunai. Bank memasukkan hasil jualan pelaggan itu ke dalam akaun semasa (Designated) pelanggan (ASM/D).

Bank mengawal penggunaan wang baki dalam ASM/D itu dengan persetujuan pelanggan.
Oleh yang demikian wang yang pelanggan gunakan dalam kemudahan overdraft Naqad itu sebenarnya adalah wang sendiri dan bukan wang yang dipinjamkan kepadanya oleh bank.

Aqad yang kedua ialah aqad bank menjual balik aset yang di beli daripada pelanggan tadi secara Bai’i bi thaman Ajil.

No comments:

Post a Comment