24 April 2011

Al-Ijarah Thumma al-Bai’i (Sewa kemudian Beli)

Definasi

• Al-Ijarah thumma al-Bai’i ialah Sewa kemudian beli
• Muamalah jenis ini adalah suatu daripada kaedah jual beli harga tangguh ataupun pada hari ini lebih dikenali hire purchase yang dibuat mengikut prinsip muamalat Islam.
• Al-Ijarah thumma al-Bai’i mengandungi dua aqad iaiatu aqad sewaaan dan aqad beli selepas tamat tempoh sewa.

Rukun

• Rukun bagi aqad yang pertama ialah
1. Pemberi sewa atau al-muaajjir
2. Penyewa atau al-musta`jir
3. Harta yang disewa atau al-ma`jur
4. Manfaat atau al-manfa’ah
5. Bayaran sewa atau al-ujrah
6. Sighah: Ijab dan qabul

• Rukun bagi aqad yang kedua ialah
1. penjual atau al-Baai’
2. Pembeli atau al-mushtari
3. Harta yang di beli atau al-mabi’
4. Harga atau al-thaman
5. Sigahah: Ijab dan Qabul


HUKUM

• Sewa beli mengikut hukum hakam kedua dua jenis aqad tersebut iaitu sewaan dan jual beli.
• Dalam akad sewaan boleh di sebut bahawa pihak yang menyewa akan membeli harta yang disewa selepas tamat tempoh sewaaan tetapi sebutan belian itu adalah janji jual beli atau wa’ad dan bukan aqad jual beli.

Pindahan hak milik

• Pindahan hak milik harta yang disewa daripada pemberi sewa kepada pihak yang menyewa tidak berlaku secara automatik selepas tamat tempoh sewaan atau selepas semua bayaran sewa di bayar.
• Ianya hanya berlaku apabila di buat aqad jual beli ke atas harta yang disewa antara pihak pemberi sewa dengan pihak yang menyewa

No comments:

Post a Comment