24 April 2011

Aqad al-Muawadhah atau Pertukaran

Bai’ al-Murabahah

Definasi: ialah menjual sesuatu dengan harga modal dengan tambahan untung sejumlah yang dipersetujui.
Contohnya si penjual menyatakan kepada si pembeli bahawa kos bagi membeli yang ingin dijualnya ialah RM15,000.00 dan ia menjual motokar tersebut dengan dengan kos tersebut beserta untung sebanyak RM 2,000.00.

Dengan jual al-murabahah seperti ini si pembeli dapat mengetahui kos sebenar barang yang di beli itu. Mungkin ini berfaedah kepadanya untuk menilai barang yang di beli itu dan jumlah keuntungan yang di perolehi oleh si penjual.

Rukun: sama dengan rukun jual beli

Hukum: ianya adalah salah satu bentuk jual beli yang di halalkan oleh syarak. Dengan itu ianya tertakluk kepada rukun dan syarat jual beli.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat khusus dalam kes bai’i al-murabahah ini iaitu:

1)Penjual hendaklah menyatakan kepada pembeli kos atau modal yang sebenar bagi barang yang hendak di jual.

2)Kedua belah pihak daripada penjual dan pembeli bersetuju di atas jumlah untung yang ditetapkan sebagai tambahan kepada kos atau modal, yang mana kedua-duanya iaitu modal campur untung adalah merupakan harga barang yang di jual dalam bai’i al-murabahah.

3)Sekiranya ada berlaku penipuan terhadap kos atau modal, maka pemebli boleh memfasakhkan aqad jual beli tersebut.(Ibn Rushd, Bidayah al-mujtahid, vol. 2, hlm 213)

4)Barang yang di jual secara muarabahah dan harga barang itu bukan daripada jenis yang sama daripada bahan ribawi yang ditegah menjual belinya kecuali dengan timbangan, sukatan dan bilangan unit yang sama. Oleh yang demikian tidak sah jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, beras dengan beras dan bahan makanan yang lain yang sejenis secara al-murabahah.

Peranan Perbankan Islam

Perniagaan perbankan Islam di Malaysia di jalankan oleh bank Islam Malaysia Berhad dan bank-bank konvensional yang mengambil bahagian dalam Skim Perbankan Islam masing-masing.

Bai’i al-murabahah adalah satu alternatif kepada amalan riba masa kini.

Contohnya : seseorang yang hendak membeli rumah berharga RM 40 ribu terpakasa meminjam wang daripada mana-mana bank dengan dikenakan bayaran lebih sebanyak antara 4% hingga 12 %. Maka jumlah bunga adalah hampir dua kali ganda daripada jumlah hutang atau pokok dan bunga tersebut adalah riba.

Akan tetapi melalui amalan al-murabahah, bank akan membeli rumah tersebut terlebih dahulu (rm 40 ribu) dan di jual kemudiannya kepada pembeli dengan jumlah keuntungan yang dinyatakan (rm 30 ribu). Dengan itu pembeli membayar kepada bank secara al-taqsit atau ansuran selama yang ditetapkan.

Dalam sistem perbankan Islam kaedah al-murabahah ini ianya di guna pakai dalam urusan import melalui surat kredit dan juga pembiyaan modal pusingan bagi membeli stok dan inventori, alat ganti, bahan-bahan mentah serta barang-barang separuh siap.

No comments:

Post a Comment